Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Happy Halloween!


Hai korang. Sempena masuk bulan Oktober ni kakak nak share dengan korang apa yang kakak suka tentang bulan 10 ni. Pertamanya haruslah di sebabkan musim luruh. Musim yang paling kakak suka. Sejuk, berangin, tempoh masa hampir sama je dengan musim bunga. Suasana malap dan pemandangan daun berubah warna yang sangat-sangat cantik. Biasanya, kakak juga pilih musim luruh untuk melancong ke sebelah Eropah. Lawa giler! Malangnya buat masa ni memang hanya mampu throwback dan virtual vacation sajahhhh.

Keduanya, ada satu minuman musim luruh yang kakak suka sangat iaitu Pumpkin Spice Latte...Huyooo kakak kau ter-feeling memang hidup di Europe yach! Seriously memang kakak suka ye. Minuman ni juga ada dijual di Starbucks ye. Nanti boleh try.


Seterusnya, apa yang kakak suka ialah Halloween. Ehh ko jangan silap paham. Kakak ini tidak la menyambut Halloween tapinya kakak suka musim Halloween ni banyak cerita seram, cerita hantu, dark fantasy, animated ghost story, magical, wizard dan seangkatan dengannya. Kakak memang terhibur dengan cerita-cerita camni. Makanya bulan ni nanti kakak share dengan korang top 3 cerita musim Halloween yang kakak suka okey!





No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites