Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Studio Ghibli


Filem seterusnya yang menjadi kegemaran kakak adalah dalam bentuk animated dari Studio Ghibli. Actually, kakak berbelah bagi samada nak letak Spirited Away atau Howl's Moving Castle sebagai movie yang kakak paling suka . Kakak letak dua-dua la senang. Baru adil.

Chihiro with No Face

Spirited Away ni kisah tentang seorang budak perempuan bernama Chihiro Ogino yang ketika dalam perjalanan untuk berpindah ke tempat baru telah termasuk ke dalam dunia semangat/hantu/dewa. Selepas kedua ibu bapanya berubah menjadi babi akibat disumpah oleh seorang ahli sihir bernama Yubaba, Chihiro terpaksa bekerja di Rumah Mandi Yubaba sementara mencari jalan untuk melepaskan dirinya serta ibu bapanya dan kembali semula ke alam manusia.  

Chihiro with Haku

Bila tiba musim Halloween, watak No Face adalah yang paling popular dari filem ini digayakan samada oleh kanak-kanak atau pun dewasa. Filem ini juga ada pengajarannya tersendiri, antaranya jangan tamak, jangan ambik yang bukan hak kita. Jangan buang sampah/cemar sungai hingga merosakkan ekosistem sungai.


Filem kedua dari Studio Ghibli, yang kakak minat sangat ialah Howl's Moving Castle. Kalau Spririted Away tentang alam hantu dan dewa, Howl's Moving Castle berkisar dunia ahli sihir.


Istana itu merupakan rumah kepada seorang ahli sihir terhebat, Howl, yang terkenal kerana kehebatannya yang luar biasa dan juga sebagai seorang kaki perempuan, yang menjadi bahan gosip di kampung kecil Sophie. Sophie, seorang gadis biasa anak seorang pembuat topi, tidak menaruh harapan tentang masa depannya dan berpuas hati dengan tugasnya di kedai topi.  


Namun, kehidupan sederhana Sophie berubah menjadi menarik ketika dia terperangkap dalam situasi yang tidak disangka, dan seorang ahli sihir misteri muncul untuk menyelamatkannya. Sayangnya, dalam hanya pertemuan singkat mereka itu telah menerbitkan rasa cemburu dan dendam di dalam hati ahli sihir Witch of the Waste yang pernah berselisih faham dengan Howl. Witch of the Waste telah mengenakan sihir ke atas Sophie mengakibatkan Sophie berubah menjadi seorang wanita tua.


Howl & young Sophie

Dalam usaha untuk kembali kepada rupa asal, Sophie harus menemani Howl dan sekumpulan kawan-kawan yang pelbagai ragam dan rupa,dari Fire Demon hingga la ke Orang-Orang yang boleh melompat, di dalam istananya yang bernyawa, dalam pengembaraan yang merbahaya, sedang peperangan makin memuncak untuk memusnahkan kerajaan mereka. 

Old Sophie with Fire Demon

Fuhhh again kakak translate dari wiki. Ini ialah cerita fantasi yang berbelit. Memang susah otak kakak nak karang sendiri sinopsis. Btw, dalam cerita ini, moral of the story, bersatu teguh bercerai roboh. Setiap satu dari kita mempunyai peranan yang tersendiri dan boleh menyumbang dengan cara tersendiri. Pengalaman mematangkan diri kita. Dua-dua filem ni worth to watch untuk sesiapa yang belum tonton lagi okey!




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites