Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

The Corpse's Bride


Last but not least, sebuat animated movie dari pengarah yang tak asing lagi Tim Burton iaitu Corpse Bride. Para pelakon kegemaran Tim Burton juga menyumbang suara untuk movie ini iaitu Johny Depp sebagai Victor Van Dort dan Helena Bonham Carter sebagai Emily the Corpes Bride. Movie ni keluar tahun 2005. Lama giler weh.


Movie ni paling kerap kakak tonton sebab ada dalam PVR Astro kat rumah kakak. Movie ini berkisar era Victorian tentang Victor si anak orang kaya baru ni, yang bakal berkahwin secara arrangement dengan Victoria si anak perempuan golongan bangsawan yang dah jatuh miskin.

Victor & Victoria ketika raptai ikrar nikah

Pada hari latihan ikrar nikah, Victor jadi gemuruh melampau dan gagal melaksanakan raptai nikah. Victor terus lari ke dalam hutan bagi menghilangkan rasa panik dan gemuruh, dan cuba berlatih ikrar nikah dalam hutan. Tanpa di sangka, ketika latihan tu, Victor telah tersilap menyarung cincin ke jari mayat si Emily yang di sangkakan ranting kayu.

Victor & Emily

Akibatnya, Emily menerima ikrar kahwin si Victor dan menarik Victor masuk ke alam Land of the Dead. Di sini lah bermulanya usaha Victor untuk kembali ke Land of the Living dan bertemu semula dengan Victoria. Dalam proses ini juga Victor belajar mengenali Emily dan kisah tragisnya, dan Victoria sendiri juga terpaksa menghadapi dugaan di Land of the Living sementara menunggu Victor kembali semula.


Dan, the best part sempena musim Halloween tahun ini juga Revolution Beauty telah mengeluarkan koleksi makeup bertema Corpse Bride! Of course la kakak akan beli. Mana yang kakak suka la kan. Sayangnya, bagi kakak koleksi ni tak lengkap. Tak de blusher, tak de highlighter. Tapi eyeshadow sampai ada 4 jenis.

Kakak order Upstair Downstair Eyeshadow Palette, Victor Lipstick dan Emily Lipstick. Mula-mula kakak rasa nak ambik Butterfly Eyeshadow Palette. Bila tengok, kadang kakak rasa macam mainan pulak. So ambik aje la Upstair Downstair. At least ada warna-warna yang boleh kakak jadikan blusher dan higlighter. Cantik kan?


Kakak biasanya tak ambik pot sangat dengan plastick cover eyeshadow, tapi yang ni lain dari yang lain! Pada plastic ni ada ikrar kahwin yang si Victor duk hafal tu.

With this hand I will lift your sorrows
Your cup will never be empty, for I will be your wine
With this candle I will light your way in darkness
With this ring I ask you to be mine

Victor Lipstick
Emily Lipstick





No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites