1) Peguam
2) Kehakiman
3) Penasihat Undang-Undang
4) Pegawai Tadbir/ Pegawai Tadbir dan Diplomatik
5) Legal Compliance/Pematuhan Undang-Undang
6) Ahli Perniagaan
7) Pensyarah & Tutor
8) Wartawan
9) Artis
10) Ahli politik

1) Peguam
2) Kehakiman
3) Penasihat Undang-Undang
4) Pegawai Tadbir/ Pegawai Tadbir dan Diplomatik
5) Legal Compliance/Pematuhan Undang-Undang
6) Ahli Perniagaan
7) Pensyarah & Tutor
8) Wartawan
9) Artis
10) Ahli politik

Soalan:
Salam Kak saya nak tnya sikit harap kak dapat bg jawapan untuk saya...dan soalan ni xberkaitan dengan list2 yang di atas..cuma saya masih ragu2 dan telah hampir smua blogger dan platform di caru tp xjumpa jawapan....Adakah seorang Anggota Tentera(Darat/Laut/Udara) boleh berkahwin dengan Orang Warga Asing(Bukan Rakyat Tempatan)...dan kalau boleh boleh tak tak bagi keburukan dngn kebaikan An Army bila nak berkahwin dngn Orang Asing ni...salah 1 nya KAGAT/JAIM TAK LULUSKAN PERMOHONAN...masih ragu dan daya masih lg mncari jawapan...Sekian Terima Kasih
Jawapan :
Salam. Tentera juga warganegara Malaysia seperti yang lain, juga berhak untuk berkahwin dengan bukan warganegara, sekiranya itu adalah pilihannya. Tentera tersebut tetap perlu ikut permohonan lebih kurang seperti yang di atas, manakala pasangannya yang bukan warga negara perlu buat prosedur yang berbeza, serta melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Kedutaan Negara berkenaan serta Jabatan Imigresen.
Dan sekiranya tentera tersebut adalah wanita, prosedur pasangannya lelaki bukan warganegara akan jadi lebih rumit, berbanding dengan tentera lelaki berkahwin dengan wanita bukan warganegara (keadaan ini terpakai untuk semua warga Malaysia yang ingin berkahwin dengan bukan warganegara)
Kesan perkahwinan dengan pasangan bukan warganegara (terpakai kepada semua warga Malaysia yang ingin berkahwin dengan bukan warganegara):-
Dari sudut UNDANG-UNDANG
1) Visa pasangan perlu sentiasa diperbaharui mengikut tempoh dan syarat yang telah ditetapkan undang-undang
2) Sekiranya bertugas di luar Negara, melahirkan anak di luar Negara, bagi lelaki Malaysia, boleh dapatkan taraf warganegara anak dengan membuat pendaftaran di Kedutaan Malaysia menggunakan borang tertentu. Manakala bagi wanita Malaysia pula perlu pulang ke Malaysia jika ingin anaknya mempunyai kewarganegaraan Malaysia
3) Sekiranya berlaku perceraian, dan mempunyai anak bawah 18 tahun, pasangan bukan warga negara mungkin ingin membawa anak pulang ke negara asal.
4) Sekiranya berlaku perceraian, mempunyai anak usia bawah 18, bekas isteri atau bekas suami mungkin ingin bertukar semula kepada agama asal, serta ingin menukarkan agama anak
5) Pasangan bukan warganegara terutama lelaki boleh meninggalkan isteri serta mengabaikan tanggungjawab pada isteri atau anak dengan pulang ke negara asal begitu sahaja
6) Sekiranya berlaku kematian pada warganegara Malaysia tersebut, pasangannya yang bukan warga Negara tetap berhak menuntut harta si mati walaupun tidak boleh memiliki tanah (terpakai kepada muslim & non muslim)
Dari sudut SOSIAL
1) Perbezaan agama
2) Perbezaan budaya
3) Kemungkinan pasangan enggan belajar budaya Malaysia, (sekiranya dari agama yang berbeza pasangan mungkin enggan belajar agama yang baru)
4) Kemungkinan tidak mahu bergaul/bersosial dengan ahli keluarga yang lain (dalam kes tentera, tidak mahu terlibat dengan apa-apa program yang ditetapkan)
5) Pasangan bukan warganegara bukan semuanya ingin kekal tinggal di Malaysia
6) Kos perbelanjaan yang tinggi untuk pulang menjenguk keluarga pasangan di luar negara
Ini adalah antara sebahagian ringkasan kesan-kesan berkahwin dengan bukan warganegara dari sudut undang-undang mahupun sosial. Sekira anda ingin berkahwin dengan bukan warganegara, bolehlah pertimbangkan kesan-kesan di atas, sebelum membuat keputusan. Harap dapat membantu
(a) Lelaki. Pastikan rambut pendek bertrim dan disisir kemas. Pakai kemeja lengan panjang terutamanya yang hadir untuk jawatan pegawai. Kemeja warna cerah. Seluar slack warna gelap. Semuanya bergosok kemas. Kasut bertutup penuh warna gelap dan wajib berstoking! Bawa blazer (if any, untuk jawatan pegawai).
(b) Perempuan. Baju traditional rasmi ialah baju kurung dan kebaya labuh sahaja ye. Tak payah pakai dress , jubah, kebaya pendek segala. Boleh pakai suit, kemeja warna cerah dengan skirt labuh/pendek paras lutut warna gelap beserta blazer kalau ada. Jangan sesekali pakai pakaian seksi atau jarang. Pakai tudung dengan kemas. Tak payah lilit beria. Asal kemas. Yang freehair rapikan rambut, kalau rambut panjang, ikat. Pastikan berbedak dan calit sedikit lipstick to look more presentable. Sila pakai HANDBAG, bukan tote bag, bukan shopping bag, bukan study bag. Pakai kasut bertutup penuh (court shoe) dan bertumit dalam 1-2 inci. Kalau takde kasut tutup penuh pakai heel yang bertumit around 1-2 inci juga.
(a) Contoh soalan problematic : Jika kamu dapat jawatan ini, apa tindakan yang akan kamu ambil pada minggu pertama bertugas?
(b) Contoh soalan fakta : Pernah dengar tentang Wawasan 2020? Apa itu Wawasan 2020?
a) Lelaki, if korang hadir untuk jawatan pegawai, sila pakai kemeja lengan panjang. Say NO to lengan pendek. Pinjam baju ayah ke abang ke besar sikit tak pe janji nampak professional.
b) Perempuan, tolong JANGAN pakai sandal/seliper. Tolong jangan lilit tudung macam nak pergi fashion show. Simple dan kemas memadai. Jangan pakai tudung style macam budak sekolah. Sila pakai bedak dan calit sedikit lipstik untuk nampak presentable. Yang free hair sila ikat rambut. Yang berskirt pendek tidak boleh atas dari lutut. Tolong jangan pakai baju sleeveless melainkan korang pakai bersama dengan blazer.
1) Depan sekali diletakkan senarai semak (inspirasi dari Puan Aribah)
2) Slot pertama saya tanda SIJIL MATI, saya kosongkan untuk diletakkan Sijil Mati (waris akan masukkan sijil mati saya bila tiba masanya untuk urusan pusaka)
3) Slot kedua saya tanda sebagai INFO PERIBADI, saya masukkan salinan kad pengenalan, salinan surat beranak dan salinan sijil nikah
4) Slot ketiga saya tanda sebagai WARIS, saya masukkan salinan kad pengenalan waris-waris saya (jika tak tahu siapa waris anda yang layak terima pusaka, tak mengapa, masukkan je kad pengenalan ibu bapa, suami/isteri, anak-anak, adik beradik).Tidak wajib-saya juga buat ringkasan 'family tree', dan ringkasan maklumat waris, dimasukkan di slot ini.
5) Slot keempat saya tanda sebagai HARTA, di sini saya masukkan salinan geran kereta, senarai akaun bank, insurans, KWSP dan semua yang dirasakan boleh di wariskan. (geran rumah, jika berniaga masukkan maklumat perniagaan, akaun perniagaan dll) Mana-mana akaun anda terutamanya yang transaksinya secara atas talian (online), boleh cetak atas kertas maklumat yang berkenaan dan masukkan di sini
6) Slot kelima saya panggil HUTANG, di sini saya masukkan maklumat pinjaman yang saya ada, bil-bil termasuk letrik, air, telefon, astro, coway, sewa rumah. Untuk yang menyewa, boleh buat satu catatan lengkap maklumat rumah sewa seperti alamat rumah, nama tuan rumah, nombor telefon tuan rumah dan nombor akaun tuan rumah.
7) Slot keenam saya kosongkan dan namakan sebagai HIBAH, yang saya akan masukkan Hibah atau Surat Ikatan Amanah, InsyaAllah saya akan buat.
8) Slot ketujuh (tidak wajib), saya masukkan cadangan nama peguam yang boleh dihubungi waris saya jika keadaan memerlukan untuk melantik peguam.