Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Lockdown Jaman Tori

Pemandangan di belakang rumah parent kakak. Cantikkan? Tu la rasa syahdu je bila lama tak balik

Hai uols, kakak terjumpa entry oleh pakcik kakak, iaitu Ayah Chik Shah Ali (Aicik) dalam Laman Loghat Temerloh tentang kisah "lockdown" di kampung kami zaman dulu kala ketika berdepan dengan wabak penyakit berjangkit atau orang kampung panggil hawar. Penceritaan asal ni menggunakan loghat Temerloh bercampur bahasa standard. Kat bawah kakak terjemahkan okey.

Hari ni koi nok citer kesah "lockdown" di zaman arwah Tok Pawang Kadir (koi ngelor aki) .
Dalam tahun 60an (masa ter koi sklh rendoh)... Perentan berlaku wabak penyakit @ hawar (hawo), arwah aki tok pawang akan di panggil oleh org kampung yg di kepalai oleh tok4 biasanya.
Arwah aki tok pawang Kadir akan lakukan upacara menjampi dan membakar kemiyan utk melindungi kampung dari wabak tersebut. Slps upacara ini, semua penduduk kampung kena berpantang selama 3 ataupun 7 hari . Masa berpantang ni yg tak boleh di langgar. 
Antara pantang larang yg saya ingat:


1. PKP- hanya boleh keluar rumah slps waktu zohor dan mesti masuk dalam rumah sebelum maghrib (waktu senjakala).
2. Dilarang mengebas atau mengirai tikar sebelum di gulung / simpan
3. Orang dari kg lain yg dtg dgn menyeberang sungai di larang masuk. Begitu juga org kg yg terlibat, di larang berkunjung ke kg lain jika menyeberang sungai.
4. Dilarang buang sampah ikut tingkap.
5. Tak boleh berkelahi dan marah2.
6. Tak boleh bunuh binatang yg berdarah, termasuk menyembelih.
...dan ada lagi pantang larang yg koi pun dah x berapa ingat.
Masa tu letrik tak der, air paip jauh sekali.
Nok nyampaikan 3 hari, azabnya jgn citer, berjelaga hidung dek asap pelita minyok gas (mnyk tanah).
Goner gamoknyer kalau PKP ni guna cara lockdown arwah aki tok pawang ni.


Al Fatihah(bacaan) utk arwah Aki Tok Pawang Kadir.


Terjemahannya

Hari ini saya nak cerita kisah lockdown di zaman Tok Pawang Kadir (saya panggil aki@datuk) dalam tahun 60an (masa tu saya sekolah rendah). 

Ketika itu berlaku wabak penyakit berjangkit @ hawar. Arwah aki tok pawang dipanggil oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Tok Empat kebiasaannya. 

Arwah aki tok pawang akan melakukan upacara membakar dan menjampi kemeyan bertujuan melindungi penduduk kampung daripada wabak tersebut. 

Selepas upacara ini selesai penduduk kampung dikehendaki mematuhi pantang larang tertentu selama tempoh 3 atau pun 7 hari. Pantang larang ini tidak boleh dilanggar. Antara pantang larang tersebut ialah:

1. Perintah Kawalan Pergerakan ~ hanya boleh keluar rumah selepas waktu zuhur dan mesti masuk ke dalam rumah sebelum mahgrib (senjakala) 

2. Dilarang mengibas /mengirai (tikar mengkuang yang digunakan untuk duduk) sebelum digulung/disimpan. 

3. Penduduk dari kampung lain yang datang melalui jalan sungai (berperahu) dilarang naik ke tebing kampung apatah lagi masuk ke rumah penduduk kampung. Begitu juga sebaliknya. (Laluan utama kampung kami ketika itu adalah melalui Sungai Pahang) 

4. Dilarang buang sampah ikut tingkap

5. Tidak boleh bergaduh dan marah-marah

6. Tidak boleh membunuh binatang berdarah termasuk menyembelih 

... dan ada lagi pantang larang lain yang saya pun dah tak berapa ingat. Zaman tu eletrik tiada, air paip jauh sekali

Hendak menyelesaikan pantang 3 hari, azab yang teramat sangat. Habis berjelaga dalam hidung akibat asap pelita minyak tanah. 

Bagaimana agaknya kalau PKP ni guna cara lockdown arwah aki tok pawang ni? 

Al Fatihah aki Tok Pawang Kadir

Kalau dibaca komen-komen orang lain yang melalui pengalaman yang sama ada lagi pantang larang lain iaitu:

  1. Tak boleh menebas, memetik daun, menyangkul tanah
  2. Kain baju tak boleh bermalam di ampaian
  3. Kanak-kanak disuruh berinai jari

Dan part paling menarik, menurut mak kakak, semua penduduk kampung yang terlibat sangat taat pada pesanan Pawang Kadir. Tiada yang berani ingkar. 

Actually Pawang Kadir ni sangat popular di negeri Pahang terutamanya berkaitan dengan kisah buaya di Sungai Pahang dan dikenali sebagai Pawang di Raja kerana kekerapan Sultan Pahang ketika itu, Almarhum Sultan Abu Bakar menjemput beliau untuk pelbagai aktiviti. Sebenarnya banyak cerita kehebatan Pawang Kadir yang mak kakak ceritakan. Tapi sebab entry ni tema lockdown kan. Tak payah la. 

Btw, kalau perhatikan pantang larang yang dikenakan oleh arwah Pawang Kadir ni sama aje macam yang dianjurkan oleh agama Islam dan juga oleh pihak kerajaan/kementerian kesihatan. Stay at home, keluar waktu tertentu sahaja, tidak boleh merentas daerah/negeri, serta aktiviti di rumah. Old is gold! 


Raya PKPB



 

Ikutkan plan asal, tahun ni turn beraya di kampung hakak. Makanya kami semua dah setuju dengan tema warna maroon. Tapi apakan daya hanya kakak yang berjaya balik kampung, husband kakak on duty untuk Covid-19, adik-adik semua beraya di Subang.

Walaubagaimana pun kakak bersyukur yang teramat sangat sebab dapat balik beraya bersama parent kakak. Ada la juga geng mak nak berborak. Adik-adik juga melafazkan perkara yang sama, ada wakil yang lepas balik. Gambar raya famili pun buat collage je. 

Persiapan raya pun sekadarnya. Pagi raya pertama menu kami lontong je, kuah kacang dengan tapai pemberian makcik. Lemang tumpang masak kat rumah makcik, rendang tak buat, makan dengan serunding je. Raya kedua menu nasi minyak kari daging. Kuih raya tetap penuh balang. Hehehe makan sendiri je. 

Di sebelah mertua, keadaan lebih baik kerana kakak-adik ipar semua tinggal dengan parent. At least PIL tak sunyi. Kira kami je la yang tak balik.

Raya yang paling epik. 

Happy Eid 2020



Assalamualaikum semua. Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Apparently dalam keadaan sekarang, kesihatan lebih utama dari raya. Syukur atas teknologi masa kini walaupun tak boleh beraya bersama at least boleh video call bertukar-tukar gambar dan mesej.

Sudah semestinya kakak tak dapat beraya dengan husband. Tak tahu bila pula dapat berjumpa sob sob. Paling epik ini la kali pertama raya tanpa adik-adik. Tak pe la, yang penting semua insan yang di kasihi dalam keadaan sihat.


Lagu Raya




Hai korang

Kakak nak share dengan korang lagu-lagu raya pilihan kakak sempena Syawal PKPB ni. Yang ni memang every year kakak suka la sebenarnya. Mana la tau korang nak pasang lagu raya sambil-sambil mengemas rumah.


1) Nostalgia Aidilfitri ~ Syarifah Aini
 
2) Satu Hari Di Hari Raya ~ M.Nasir
 
3) Suara Takbir ~ P.Ramlee
 
4) Cahaya Aidilfitri ~ Black Dog Bone
 
5) Kepulangan Yang Dinanti ~ Aman Shah
 
6) Bila Takbir Bergema ~ Rafeah Buang
 
7) Setitis Cahaya Aidilfitri ~ Aishah
 
8) Selamat Hari Raya ~ Saloma
 
9) Selamat Berhari Raya ~ Rahimah Rahim
 
10) Lambaian Aidilfitri ~ Saleem & Jamal Abdillah
 
11) Bersama Dihari Raya ~ Cenderawasih
 
12) Dari Jauh Ku Pohon Maaf ~ Sudirman
 
13) Sepasang Kurung Biru ~ Khairil Johari Johar 
 
14) Seloka Hari Raya ~ Hair Amir & Uji Rashid
 
15) Aidilfitri ~ Sanisah Huri
 
16) Bersabarlah Sayang ~ Sanisah Huri 

 
 

Album Kahwin


Korang, finally siap la jua album kahwin kakak. Design sendiri je dekat Photobook Web. Puas hati. Kakak ambil custome size 12'x12' so tak de la dapat extreme diskaun. Dalam 60% jah. Lawa dak? Cumanya kakak lupa sama de dia ada box kakak lupa nak tick or memang tak de. Makanya album ni tak de box. 

Cuba bagi cadangan sikit nak simpan macam mana tak nak bagi berhabuk?


Not My Forte


Korang, meols dalam musim PKP ni kemain memasak, peti ais rumah hakak yg kecik satu pintu tu biasanya kosong tak de pape, musim duk rumah ni rasa tak muat uols.

Memasak bukan kegemaran mahupun kemahiran kakak. Tapi rasanya sepanjang PKP hanya sekali je masakan tak menjadi terus kakak tak boleh telan wahahahha. Yang lain Alhamdulillah. Order luar pun baru beberapa kali, yang lain memang makan dari dapur sendiri.

Ya Rabbi, berminyak lantai, berselang hari mop lantai dan hampir setiap malam mengelap dapur. Mujur la laki kakak begitu supportive bab memasak ni. Katanya kakak boleh masak cuma selama ni tak cukup masa nak buat kerja masak-masak ni. Kakak tak de la masak canggih-canggih. Menu kat atas ni sotong masak kunyit ala Rizalman dengan sup sayur je.

Rindu sangat masakan mak. Aritu dalam grup family, mak ada cakap biasanya bulan puasa kakak la yang paling selalu ada kat rumah sebab most of the time kakak outstation area kampung kakak. Ada hari lepas sahur kakak gerak balik ke sini, habis kerja balik semula ke kampung. Hebat tak hebat kakak di bulan Ramadhan tahun-tahun sudah. Tahun ni hmmmm sob sob sob. 

Kalau ikut tradisi minggu pertama puasa kami akan balik kampung berbuka dengan mak abah. Mak akan buat kuih epik pepena @ pena. Tahun ni mak kirim daging dendeng kat semua anak-anak. Weols adik-beradik berkirim makanan to each other melalui pos. Janji semua sihat tak pe la.

Btw, hakak bersyukur dah dibenarkan merentas daerah. Boleh la kakak balik kampung untuk beraya. Baru la kakak ada mood nak mendownload lagu-lagu raya buat membakar semangat mengemas rumah.

Kerja Separuh Hari PKPB


4 Mei 2020

Kerajaan dah benarkan banyak sektor untuk di buka semula termasuklah tempat kakak bekerja. Akan tetapi Menteri Besar negeri telah mengeluarkan arahan untuk menangguhkan PKPB sehingga keputusan dibuat selepas mesyuarat exco pada 8 Mei nanti. Walaubagaimana pun majikan kakak tetap ingin buka pejabat, semua kakitangan wajib hadir.

By 12.15 tengahari macam tu pegawai dari unit penguatkuasaan dari majlis daerah yang menjalankan rondaan tiba di premis kami dan mengarahkan agak kami menutup ofis. Sepatutnya bila pegawai majlis daerah datang kena la berwajah cuak, tapi ni kami semua tersengih-sengih. Tau dah kena balik rumah.

Tu je nak cerita sempena musim PKP ni wahahaha. Tapikan korang, pagi ni masa kakak bersiap kakak rasa muka kakak sedikit flawless dan cerah satu atau dua tona. Mesti sebab lama tak kena pencemaran udara dan UV ray.


7 Days, 7 Favourites