Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

One fairytale : Hantaran hati ke hati


Hantaran saya, saya gubah sendiri. Ye, kakak gubah sendiri bunga. Percaya ke idak? Konsepnya rustic red. Konon. Hentam sajala. Mak kata ni tema camping. Ada tali, guni, segala. Sabo je. Ni pun idea last minit baru dapat pikir nak buat tema ni. 


Dari saya untuk husband ada sireh junjung, buah, coklat, cupcake, perfume, spa set dan toilettories serta cincin.

P/s : photog tak ambik pun gambar hantaran saya.



Hantaran dari sebelah husband my sister Fakhriah tolong gubah since semua barang-barang husband ada pada saya. Konsepnya romantic blue. Actually ada letak bunga hydrangea warna baby blue, tapi sebab rumah my sis panas nau, layu le pulak. Konon nak topup bunga lain, sekali bila yang kaler kuning tu dah kembang nampak elok je jadi gubahan. Tapi bunga biru tu memang cantik giler. Outstanding warna birunya. 


Dari husband, sireh junjung, perfume, telekung, strawberry chocolate, makeup dan set barang kemas, mas kahwin dan cek hantaran. 


Tag Hantaran



Iols ikut trend semasa la, letak tag pada hantaran. By Tag Hantaran Seringgit. Jumpa kat IG la macam biasa. Dari husband warna biru, and yours truly warna pink la. 


Cek



Untuk cek sis tempah cek arcylic dengan Digital King. Jumpa kat FB. Banyak pilihan jenis cheque. Kalau tak nak arcylic, jenis kayu pun ada kalau tempah kat Digital King ni. Boleh  la letak dalam almari kaca simpan buat kenangan.




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites