One fairytale : Persalinan Ijab Qabul
1) Baju
Yang ni, mujur la memang tempah baju awal. Once settle aje keluarga suami datang merisik dan menanda 1 September 2018, terus aje pergi tempah baju di Ari Wedding Couture. Siap dalam tempoh 2 minggu. Warna memang dah decide awal, Rose Gold! Design pun memang berkenan terus tempah je. But, lepas je saya tempah banyak la pulak lagi Ari keluarkan design-design cantik. Haish
NOTA
Pergi tempah baju dengan someone yang faham citarasa kita walaupun taste tak sama. Bukan dengan orang yang asyik bagi pendapat ikut taste dia.
NOTA
Jangan lupa pakai corset girdle yang bersuaian supaya badan kita nampak lebih kemas.
2. Shawl
Beli kat Jalan TAR je uols. Baru RM10. Beli jugak untuk my dulang girls. Tu je yang mampu di sponsor.
3. Veil
Beli di Jakel masa cari baju melayu untuk husband. Agak expensive pada pandangan saya, since saya plan asal nak beli je veil horsehair veil. Harga baru RM35 camtu je. But memang letops la veil saya ni hehehehhe
4. Headband
Order kat Lazada aje, termasuk postage tak sampai RM30 je. Pilih design bunga sebab matching dengan baju. End up tak pakai pun sebab veil dah cantik sangat.
5. Kasut
Nak kasut jugak ko tu nikah kat masjid je pun. Well part kasut ni sebenarnya kasut dah lama ada tapi tak pernah pakai. Harga RM39 beli kat zalora. Since tone kaler pink kasut dengan warna baju rose gold tak jauh beza hentam je la labu. Paling cute kat tapak kasut ni ada tulis "I Do".
6. Baju melayu/songkok/samping
Untuk husband, head to toe beli kat Jakel je. Senang. Setempat. Tak payah susah ke sana ke mari.
Gubah by my sister, Fakhriah. Pagi Jumaat pergi Floristika Bangsar cari fresh flower untuk buat hantaran dan bunga tangan. Design bunga tangan ni google je. Gigih masa cari bunga siap bawak shawl yang pakai masa nikah ni nak tengok bunga warna apa yang naik dengan warna baju.
7 Days, 7 Favourites
-
Sis kahwin dengan tentera. Sis asal dari pantai timur dan En. Husband dari utara. Both of us tak bermastautin di tempat asal masing-ma...
-
scene from video by Plan A Film Untuk nikah sis, buat di KL walhal kampung sis bukan di KL pun. Venue nikah yang di pilih ialah Mas...
-
Yeehaaa merasa jua kakak nak attend messnite. Kali pertama encik husband ajak last minute nau. Maklum le jauh, mana boleh buat kerja la...
-
Google: peta daerah-daerah negeri Pahang Kebanyakan masyarakat luar Pahang beranggapan loghat Pahang adalah adalah sama saja denga...
-
Actually lepas kenduri tak pergi mana-mana pun nak honeymoon. Dua-dua tak berapa fit nak buat perjalanan jauh. So kami lepak homestay d...
-
Kuala Lipis. Salah satu daerah yang ada dalam negeri Pahang. Famous disebabkan oleh penyanyi pujaan ramai Siti Nurhaliza yang berasal ...
-
Google Saya dah melalui beberapa kali pengalaman menginap ketika melancong menggunakan khidmat AirBNB. So, ada juga kawan-kawan yang ...
Haa.. bunga tu gubah sendiri?? Cantekkkk!!!
ReplyDeleteiyer. save budget
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete