Wednesday, 9 January 2019

One fairytale : Photographer Hauk

1) photog 1st editing, 2) photog 2nd editing 3) my editing
korang rasa mana yang paling elok? 

Photographer
The Shutter Up @ Zack F

Very upset with the service. Sebulan setengah lepas majlis masih tak settle isu gambar dia boleh tiba-tiba bagi message yang dia ni photog amatur, tak reti edit gambar, dia baru nak gi belajar editing. KEKEJIAN APAKAH INI?! Ko pumpam pumpam cakap sampai laki aku punya la insist nak ambik ko, sebab aku menentang habis-habisan. Tak suka previous hasil kerja dia pun ye plus aku memang tak nak libatkan kawan & family. Kalau ada problem or kita tak suka sure jadi gaduh punya. Ye la, dah banyak aku tengok bila ambik kawan mesti buat kerja hauk. Dalam keterpaksaan, terpaksa la aku setuju ambik ko, tak dapat la aku photographer yang aku nak. Aku ni pikir positif aje la, wedding kawan takkan ko nak buat hanat. Laki aku nak sesangat-sangat tolong bagi job. Pastu ko buat kerja tak proper untuk wedding kawan ko sendiri! Dah la kenduri kami ni ada satu je. 


1) Tak Profesional


~ Bawa famili ke tempat kerja on solemnization day. Minta izin dengan aku nak bawa famili untuk outdoor sesi lepas resepsi je. MuA, video & henna aku busy anta mesej vision dia orang nak bagi wedding aku extravaganza, ko hantar mesej nak bawak anak bini. FYI, videographer, henna artist & MuA pun ada suami/isteri and anak ye. 
~ MIA during re-shooting of sarung cincin what so ever, sebab pergi bagi anak makan uols. Sedapnya ye? Bila tanya alasan dia bagi, tak nampak kami kat mana?  Ko kalau nak datang makan, datang event aku as guest, bukan untuk kerja. Sudahnya bila ko sedar kami masih shoot, baru ko naik semula ke tingkat atas nak ambik gambar itu pun sekadar asalkan petik camera pfftt. End up aku tak de pun gambar bersalam dengan suami aku ye. 
banyak-banyak gambar posing tegak ni, yang laki aku pejam mata dipilihnya

~ 3 hari sebelum event still tanya nikah kat mana? Padahal aku dah bagi notis, sebulan sebelum, 7 hari sebelum & 3 hari sebelum.
~ My dulang girl complaint dia tak berapa buat kerja on nikah day. Indeed based on hasil gambar yang dia snap. Which I got so many prove picture I can show you guys, dia tercegat aje pegang camera instead of snap gambar. That is why gambar hantaran aku ko tak ambik! 

2) Under estimate client

Just because kerja ko tak berseni, ko jangan ingat client ko pun macam ko ye. Just because previous client ko tak complaint, next client ko tak akan complaint. Just because ko tak pergi kelas photography that does not mean client ko tak pergi kelas. 



hasil kerja aku ye
hasil kerja ko ye.  where is our cake? plingggg 3 tingkat boleh hilangggggg

3) Tak buat homework


~ Tak tahu langsung pasal style posing untuk wedding yang terkini. Bila aku put mata arah yang betul dia asyik suruh alih pandangan mata hala ke arah yang konon dia rasa cantik. Nampak juling jawabnya! Tak de posing single for my husband on nikah and resepsi. He look damn good in army outfit you know?!
~ Posing style outdated terutama untuk majlis Ijab Qabul (if im not very tired, very stress and very sad i can think about pose by myself). 
~ Not enough effort in giving instruction to strike a pose (including shoot with the families and friends). Got complaint from my family member. 
~ Not enough effort of taking photo of hantaran my husband, and it make me and my sister very upset because we stay up all night long to do the decorations and the photo come out like that. Have u ever notice of our hantaran's tags? so you should know from which angle you should take the pic. 
~ Langsung tak de gambar hantaran aku! Unacceptable Tak boleh terima akal. Satu dulang pun tak de. Sebab? Malas bergerak ke side satu lagi sebab tu gambar aku masa duduk atas pentas bila majlis dah mula tu pun ko ambik dari satu side je. 
~ Editing, agak teruk untuk gambar-gambar nikah (1st editing). Crop gambar macam tengah mabuk ketum! Langsung tak buat editing bagi rupa aku and laki aku nampak presentable sikit, parut, jerawat semua nampak!
Left : photog editing, crop as much as he can
Right : unedited version
1) photog 1st editing
2) photog 2nd editing
3) My editing

korang rase?

~ Tak de gambar close up 
for my henna, my hand bouquet and my beautiful dress for reception. Just because i wear the dress before you arrive that does not mean u cannot take the pic.
 
~ Tak ready for golden hour. Gambar nikah kelam, banyak yang tak sharp.I gave you early notice that our solemnization took after asar. You should practice with your gear and do some homework about photoshoot during golden hour. Hello, both my MUA bawak dia orang own spotlight okey. 
 ~ Pemalas dan kedekut nak snap gambar masa real event. Ya Tuhan lokeknya, pemalasnya. Gambar suasana nikah ada sekeping je yang elok? Gambar aku kat meja makan ada 4 je. Tu pun tak variasi. Gambar potong kek, kek di potongnya dari gambar. Budak aku buat persembahan 2 lagu tau masa makan beradap, sekeping gambar pun tak ambik. Kalau ambik gambar kaw-kaw kat meja makan tu ampun la juga
Left : photog capture, Right : from my phone, editing by me.
Punya la pemalas, langsung tak naik pun lepas nampak MuA, Henna Artist & my fren duk shoot me dekat tingkap.
Itu aje dia ambik? Even my husband terus tanya, nape Zack ambik 
gambar punggung orang?

~ Rasa diri tu bagus. My videographer banyak bagi instruction untuk posing (thanx to him banyak dapat shoot gambar lawa sket masa resepsi sebab my videographer ni, kalau harapkan dia ni memang berdiri tegak aje la aku) terutama masa re-shooting untuk scene sarung cincin. If aku ni la bodoh sangat tak tau nak suh pose macam mana, aku snap aje scene yang videographer direct or repeat aje acting untuk video. Tapi ye la busy bagi anak makan. Bukan dia tak de masa hujung-hujung rakaman video. Aku ni bukan model ye, kalau model cameraman kayu pun ko boleh pose baik punya. Mesti ada instruction baru boleh aku pose. Plus bagi la arahan betulkan kedudukan body kalau ko tengok nampak tak kena. 
sian laki aku nampak pelik

4) Banyak alasan & berdolak dalih

~ Kenapa gambar tak sharp? Low light katanya. Aku ambik kelas kat Saiful Nang Academy ye. Travel partner aku ada DSLR, bukan aku tak tau bab gambar & DSLR. Kalau phone pun boleh di adjust to sesuaikan suasana malap, inikan pulak DSLR.  Ni hasil kerja photog amatur, kami shooting under low light ye. 

~ Kenapa MIA masa re-shooting?  Sebab tak nampak korang berdua. Dah kalau sibuk dengan anak bini mana nak nampak kami. Even everybody tertanya what the hell is going on photog bawak family? 
~ Kenapa tak de gambar hantaran? *Terus mesej laki aku mengadu tak tau nak jawab apa kat aku*
 ~ Kenapa ini? Kenapa itu? Sebab itu, sebab ini, *terus WA laki aku mengadu aku duk menghamun. Ada laki aku kisah?* 

Ni wedding kawan ko tau tak? Kawan yang ko melepak sesama, mengopi sesama.  Jadi pengapit masa ko kahwin dulu. Yang sanggup ketepikan kehendak bini dia sebab kesian kat ko. Nak bagi job kat ko. Kalau tak sanggup, kalau amatur (amatur yang buat homework dengan yang tak buat homework lain ye. Aku jumpa je amatur punya hasil kerja, elok aje nampak bersungguh buat kerja walaupun tak hebat macam pro), tak reti edit, KALAU TAK IKHLAS bagitau je dari awal, boleh aku  bagi sedekah kat ko. Bukan ko tak kenal kami sampai malu nak declare diri ko, dah habis event boleh pulak mengaku diri tu serba tak reti? Tak de la laki aku cantas photog yang aku nak pilih. Kononnya biasa ambik gambar kat masjid, unlimited shoot (unlimited la sangat), siap edit (sedey)

Upper : photog editing
Lower : mine
this photo dia langsung tak pilih masa 1st editing ye, gambar ni better dari gambar yang dia pilih tu.

5) My mistake is, saya dah buat full payment. Seminggu lepas kahwin terus dia bagi link gambar yang di dah edit dan minta full payment nak celebrate birthday pak mertua katanya. Okey fine, kesian. 1/12 dan buat payment dan terus minta unedited version untuk saya tengok. By 24/12 baru dapat itu pun lepas mengamuk.

6) After so many alasan termasuk dah sub-gambar kat orang sebab nak bagi buat cantik lagi and then tetiba orang tu busy tak boleh nak buat editing, then ko kononnya nak pergi belajar editing (lepas sebulan setengah kenduri? VERY THE HANAT) so that boleh edit gambar lagi lawa, which I cant brain and cannot take it anymore and keep asking for refund, he send me a link to latest edited photos. WORST than the first version! Using lightroom preset only. I've got tons of it and my preset much better than yours! We ask for refund and finally he did on 4/1/19. Plus, BLOCK me immediately. WA & FB. Yes, block me. *Clap*clap*clap*



preset anyone? 

7) Paling hanat boleh dia bagitau orang kata aku ni maki dia. Ko ni memang jenis tak elok ke? Main tuduh-tuduh orang benda tak betul? Woi kalau nak maki, dah lama aku maki sungguh-sungguh. Kenangkan ko kawan laki aku je. Here I put our conversation start aku tak puas hati dengan kerja dia. Korang nilai la sendiri aku maki ke tak. 




8) Aku cukup baik hati minta refund RM500 je (he charge RM1200, langsung tak bagi harga kawan-kawan pun), since pikir juga dia datang dua hari shoot gambar. He dont deserve that money. The attitude, gambar pun banyak tak sharp, kerja sangat tak ikhlas sampai my family & guests pun boleh rasa ketak-ikhlasannya shoot gambar my wedding (received many complaint about how he seem dont really care about our event)

9) I did update hasil kerja dia banding dengan my editing dekat IG story and lots of my friends & family really shock with his work knowing that I put my ass off to do the preparation by myself to every single details. Antara comment yang aku dapat :-

~ Ni edit pakai kaki ke?  
~Masa majlis nikah aritu memang nampak dah tak ikhlas buat kerja 
~ Kalau aku memang maki dah 
~ Mujur badan ko lembut, dapat jugak ada pose yang okey, kalu aku dapat photog hanat memang gambar tegak aje la

10) If ko tak terror sekali pun tunjuk la full effort dalam kerja, lagi pulak untuk kawan ko sendiri. Not even tawarkan compensation, re-shooting semula kat masjid ke, belum tentu aku nak pergi pun, at least sejuk jugak la hati aku ni. Ni taunya whatsapp laki aku, mengadu. Mengadu domba pulak tu. Takdenya laki aku nak kisah kat ko lepas tengok aku menangis ye, semalaman dia kena pujuk aku menangis sebab ko. 

NOTA

BRIDE. Please cari sendiri photographer up to your taste. Jangan serah kat husband. Almost semua kes kawan, kenalan saya yang gambar wedding dia orang hauk, termasuk saya, semua husband sibuk nak pilih. Sanggup gaduh dengan kita demi photog tu. Hanat pulak perangai dengan hasil kerja. What is your problem men? Korang bukan beria-ia pun nak tengok gambar kahwin macam perempuan. Biarla perempuan yang pilih photog ikut suka hati. Just because kami perempuan that doesnt mean kami tak de taste bila bab photog. Settle permohonan kahwin korang tu sudah. Tu lagi penting.

REMEMBER, our husband dont care about photos

AVOID, hire kawan/kenalan. They tend to take you for granted, dont really care about your event, dont do any serious preparations. Unless they are very professional. Herghhh

MYSELF RECCE so many MuA, henna artist, videographer & photographer for my wedding. Cut down to top 3 and finally choose the best (price/attitude/vission about my wedding/end work) . Non of them saya jumpa buat meeting pun sebab memang tak de masa. Which photographer of my choice didnt make it sebab my husband insist to have this person. All MuA, henna artist & videographer show me highest level of professionalism and give their all for my wedding, end work beyond expectation which those 3 (makeup, henna & video) hasil kerja dia orang still jadi bualan my friends sampai la ni. 

To be fair, here I put some of his best work (bukan semua sharp ye gambarnya) , re-edited by me:-

1) Conduct by Amir the videographer


2) His own idea


And here I list down top 3 of photographers that I choosed:

1) Qippy Photography
2) Amir Naufal Photography
3) Lightlova Pictures

Do follow their IG and then korang tau kenapa saya pilih yang 3 ni. Tapi sayangnya...

What I do lepas dapat unedited version is try to recce photog yang boleh edit my pictures. Im not pro photog who know how to edit well dan buat gambar nampak umph. 

P/S: Disebabkan royanan aku tak habis-habis masa sebelum dapat refund, my sister want to sponsor outdoor photoshoot with my own choice of photog. 

Anyone nak sponsor jugak sebab kesian kat aku ngan laki aku yang kena sabotaj dengan kawan sendiri? Hehehhe

P/S/S: Please, please share this article kalau korang rasa it can be a reminder to future bride and save your family and friends dari terkena dengan dia ni or orang macam ni

P/S/S: Request by my family member to cover up his real name

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...