One fairytale : Persalinan Ijab Qabul
1) Baju
Yang ni, mujur la memang tempah baju awal. Once settle aje keluarga suami datang merisik dan menanda 1 September 2018, terus aje pergi tempah baju di Ari Wedding Couture. Siap dalam tempoh 2 minggu. Warna memang dah decide awal, Rose Gold! Design pun memang berkenan terus tempah je. But, lepas je saya tempah banyak la pulak lagi Ari keluarkan design-design cantik. Haish
NOTA
Pergi tempah baju dengan someone yang faham citarasa kita walaupun taste tak sama. Bukan dengan orang yang asyik bagi pendapat ikut taste dia.
NOTA
Jangan lupa pakai corset girdle yang bersuaian supaya badan kita nampak lebih kemas.
2. Shawl
Beli kat Jalan TAR je uols. Baru RM10. Beli jugak untuk my dulang girls. Tu je yang mampu di sponsor.
3. Veil
Beli di Jakel masa cari baju melayu untuk husband. Agak expensive pada pandangan saya, since saya plan asal nak beli je veil horsehair veil. Harga baru RM35 camtu je. But memang letops la veil saya ni hehehehhe
4. Headband
Order kat Lazada aje, termasuk postage tak sampai RM30 je. Pilih design bunga sebab matching dengan baju. End up tak pakai pun sebab veil dah cantik sangat.
5. Kasut
Nak kasut jugak ko tu nikah kat masjid je pun. Well part kasut ni sebenarnya kasut dah lama ada tapi tak pernah pakai. Harga RM39 beli kat zalora. Since tone kaler pink kasut dengan warna baju rose gold tak jauh beza hentam je la labu. Paling cute kat tapak kasut ni ada tulis "I Do".
6. Baju melayu/songkok/samping
Untuk husband, head to toe beli kat Jakel je. Senang. Setempat. Tak payah susah ke sana ke mari.
Gubah by my sister, Fakhriah. Pagi Jumaat pergi Floristika Bangsar cari fresh flower untuk buat hantaran dan bunga tangan. Design bunga tangan ni google je. Gigih masa cari bunga siap bawak shawl yang pakai masa nikah ni nak tengok bunga warna apa yang naik dengan warna baju.
7 Days, 7 Favourites
-
Yeehaaa merasa jua kakak nak attend messnite. Kali pertama encik husband ajak last minute nau. Maklum le jauh, mana boleh buat kerja la...
-
Sis kahwin dengan tentera. Sis asal dari pantai timur dan En. Husband dari utara. Both of us tak bermastautin di tempat asal masing-ma...
-
welcome to Istanbul Seminggu lebih kurang selepas pulang dari umrah pada akhir Februari 2013, adik saya menghubungi saya dan memaklumk...
-
enjoy! Siapa yang biasa ke area Melawati, mesti perasan ada satu area makan nama Enjoy's Corner. Bukan restoren tapi boleh kata mac...
-
[Travel 2011] Hari pertama di London saya bangun awal pagi. Bancuh air di dapur dan duduk di tepi tingkap memerhatikan warga London men...
-
[travel 2011] Kali ini kami ingin ke Madame Tussauds pulak. Dari apartment kami menaiki tube dan berhenti di Baker Street Tube St...
-
Escapism. Advanture. Nature. Historical. Itu yang saya dapat gambarkan tentang Sungai Lembing. Kali terakhir ke Sungai Lembing menghadiri...
Haa.. bunga tu gubah sendiri?? Cantekkkk!!!
ReplyDeleteiyer. save budget
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete